welcome to blog sufie ieka

Pengikut

tips cover malu


Ni de sikit tips yg boleh korang buat nak cover malu korang..sufie xpenah buat lg..kalau korang nk try cubelh..kalau mnjadi jgan lpe share cite kt sufie..hahahahha..
 
Jika diketawakan Kerana Tertidur.
- Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur di ofis hingga terleleh air liur basi, anda hendaklah terus bangun dengan keadaan separuh sedar! Kemudian buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member anda akan panik dan berhenti ketawakan anda!
Jika Silap Tegur Orang
- Kalau anda tersilap menyapa orang yang tidak dikenali, anda hendaklah teruskan menegur orang itu dan menganggap anda kenal orang itu dan terus bagi duit dekat dia. Kononnya anda pernah berhutang dengannya. Mesti dia akan mengaku anda kenalannya.
Jika Diketawakan Kerana Zip Seluar Terbuka
- Jika anda ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba dengan mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah "Biar rosak zip, jangan rosak akhlak!"
Jika Tercakap Sorang Diri
- Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan bercakap dan ketawa seorang diri sambil menyumpah member anda itu. Tentu orang takkan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental kronik!
Jika Tersilap Masuk Tandas Wanita
- Jika tersilap masuk tandas wanita, apa yang anda perlu buat ialah anda perlu buat muka gelabah puyuh dan cemas sambil "berlakon" menyatakan tujuan anda mencari isteri awek anda yang dah sejam tadi masuk tapi tak keluar-keluar lagi!
Selamat mencuba! :)
thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!

1 ulasan: