welcome to blog sufie ieka

Pengikut

tips cover malu


Ni de sikit tips yg boleh korang buat nak cover malu korang..sufie xpenah buat lg..kalau korang nk try cubelh..kalau mnjadi jgan lpe share cite kt sufie..hahahahha..
 
Jika diketawakan Kerana Tertidur.
- Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur di ofis hingga terleleh air liur basi, anda hendaklah terus bangun dengan keadaan separuh sedar! Kemudian buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member anda akan panik dan berhenti ketawakan anda!
Jika Silap Tegur Orang
- Kalau anda tersilap menyapa orang yang tidak dikenali, anda hendaklah teruskan menegur orang itu dan menganggap anda kenal orang itu dan terus bagi duit dekat dia. Kononnya anda pernah berhutang dengannya. Mesti dia akan mengaku anda kenalannya.
Jika Diketawakan Kerana Zip Seluar Terbuka
- Jika anda ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba dengan mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah "Biar rosak zip, jangan rosak akhlak!"
Jika Tercakap Sorang Diri
- Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan bercakap dan ketawa seorang diri sambil menyumpah member anda itu. Tentu orang takkan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental kronik!
Jika Tersilap Masuk Tandas Wanita
- Jika tersilap masuk tandas wanita, apa yang anda perlu buat ialah anda perlu buat muka gelabah puyuh dan cemas sambil "berlakon" menyatakan tujuan anda mencari isteri awek anda yang dah sejam tadi masuk tapi tak keluar-keluar lagi!
Selamat mencuba! :)
thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!

50 Password Mudah Yang Selalu Digunakan

Kumpulan Gnosis pernah melancarkan serangan hacker berprofil tinggi pada rangkaian yang paling popular di dunia blog. Mereka mendakwa bahawa telah hack 1,3 juta password pengguna, 188,279 telah ditunjukkan kepada orang ramai. Ini adalah 50 password popular yg terlalu “lemah”.
 check it out~

Nampak tak carta kat atas tu, pengguna paling suka pakai password 123456. Penggunaan password yang tak selamat camtu boleh mengundang risiko kepada pemiliknya. Tak tau la sama ada diorang memang suka nombor tu atau diorang memang taktau pasal keselamatan dalam internet. Kalo hacker tu jenis baik macam Rilekscrew takpela sebab diorang ni hanya nk test-test je, kalau yg jahat-jahat tu abis la. Kemungkinan diorang akan guna akaun korang untuk wat jahat…
Untuk mengelakkan blog atau laman web sosial anda seperti facebook korang kena hack, jgn la pakai password yg mudah-mudah. Pakai la password yg “strong”. Strong maksudnya password korang tu adalah gabungan huruf dan nombor. Contohnya akudan375, nak hack password yg guna gabungan huruf dan nombor lebih susah. Jadi kalo sebelum ni korang tak pikir sgt soal password korang, lepas baca entry nie hati-hati la.
p/s: kepada yang guna password-password yang senang tu boleh la tukar yek.. jangan lupa bagitau rakan-rakan yang lain :)
thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!

perasan , bajet , gedik dan gatal !

Salam semue , hari ni sufie nak cerite pasal perasan , bajet , gedik and gatal . urm , korang pernah dengarkan perkataan ni ? kalo yang tak pernah tu , sufie mintak maaf bebanyak ye . sufie dah tak tahu nak terangkan kat korang ni macam mane . -.-'' .

okayy , sekarang sufie nak tanye , antare lelaki and perempuan , siapa yang cepat perasan ? sape yang bajet ? sape yang lebih gedik ? and sape yang gatal ?
**okay , kalo korang jawab pun bukan sufie dengar  =.=''

PERASAN !
Kalo perasan ni , sufie rase laki ade and perempuan pun ade perasaan ni . tapi lelaki suke cakap perempuan mudah perasan . urm , rasenye memang betul kot . memang betol perempuan mudah perasan . lagi-lagi orang macam sufie ni . jujur sufie cakap , sufie cepat perasan okayy .

so tolonglah and tolong jangan buat sufie perasan sebab nanti korang akan perasan yang sufie suke korang .
**err , ada paham ka ayat meroyan ni ? =.=''

sebenarnye lumrah perempuan yang die cepat perasan tapi lelaki pun ape kurangnye , same je !
**yang lelaki sana , jangan marah , sufie memang sengaja kutuk korang . ^^

BAJET !
Okayy , sememangnye anugerah bajet ni patut dimenangi oleh lelaki .
sebab ape ?
sebabnye sufie pun tak tahu . tepuk dada tanya iman la .
jangan tanye sufie .
**lalalalallalal . -.-

GEDIK !
Haha , confirm confirm lah sume orang yang membace ni jawab ..
perempuan right ? eleh , jangan nak tipulah .
tipah tak pernah tetipu bang~ =.=

Memang perempuan akan di label sebagai gedik .
sebab ni sifat semula jadi perempuan .
kalo tak gedik tu bukan namenye perempuan .
cume tahap kegedikan itu je yang berbeza .
kan ? kan ? kan ?
**okayy , sufie pun gedik . puas ? =,=''

GATAL !
Urm , yang ni . sufie tak tahu la siapa yang menang .
tapi mengikut akta perjanjian hang lebai yang malang ,
LELAKI menang kategori ni . TAHNIAH !
haha .
Memang betul lelaki ni gatal , tak cukup satu nak pasang due ,
tak cukup due nak pasang tiga , tak cukup tiga nak pasang empat .
cube lah setia sikit , eh ? silap , cubelah setie banyak .

Ari tuh sufie dapat pantun dari seorang lelaki ,
nak denga ? sabaq naa~ =.=

"berkasih biar beribu ,
kahwin biar berempat ,
setia pada yang satu ,
yang lain buat spare part ."
**bile denga je pantun ni , sufie rase nak sepak je kawan sufie tu laju-laju . =,=
ade jugak orang yang amal konsep macam ni . haih  =.=''

okayy la , sufie mahu mengundur diri , renung-renungkanlah ye .
INGAT !
-jadilah yang terbaik bukan yang sempurna kerana tiada yang sempurna kecuali Yang Maha Esa-

SEKIAN WASSALAM~

p/s :: sekiranya ada bantahan dengan pendapat sufie , jangan marah . sebab abe usop wilcha pun stuju dengan sufie . =.=

thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!

8G pada lelaki yang tak disukai wanita

1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.
4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.
6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.
7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!

cinta??

korang tahu ape tu cinta.?
sekarang sufie nk kongsi smething kat korang tentang cinta..

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA

thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!

mahu kekal bercinta??


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!



PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!

lelaki merajuk??? eewww

siapa di sini setuju jika sufie katakan, lelaki adalah manusia yang paling kuat merajuk?
Sebelum sufie dapat berkongsikan tips bagaimana untuk memujuk lelaki yang merajuk, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah punca sebenar si dia merajuk.
Mengapakah si dia merajuk?
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?
Terdapat 4 tips yang dapat kamu gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang sufie kongsikan di sini dapat membantu kamu dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.


thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!