welcome to blog sufie ieka

Pengikut

adakah kekasih anda msih ingat pada yang lama??

Melupakan kekasih lama bukannya mudah. Sebab itulah ada sesetengah wanita masih tidak dapat melupakan memori manis bersama bekas kekasihnya walaupun sudah menemui cinta baru.

Berikut ialah beberapa tips yang boleh kamu perhatikan untuk mengetahui apakah kekasihmu itu sudah melupakan bekas kekasihnya atau tidak?

1. Dia sering membandingkan kamu dengan bekas kekasihnya. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya, sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengingatkannya terhadap si dia.

2. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnya berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak kamu bertunang. Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru.

3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra. Hari ini, dia seolah-olah cuba menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, bermakna dia masih lagi terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekas kekasihnya.

4. Berpura-pura gembira. Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih ialah dengan berpura-pura gembira. Dia bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku, sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.

5. Simpan gambarnya. Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia dah tak ada apa-apa perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar, tapi usah dibiarkan. Bahaya tu! Bermakna kenangan di antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya.

thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!

BEZA CINTA DAN SUKA??



                        korang tahu ke yg korang tu suke kat si dia or cintakn si dia?
                  sini sufie ade tips skit nk share dgan korang beza antara suka dan cinta..

♥ Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

♥ Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

♥ Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

♥ Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

♥ Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

♥ Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

♥ Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berubah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Jadi, fikir2 kan lah. adakah pasangan korang tu, korang suka atau cinta?

thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!

time kapel n break???



Realiti Time couple ' BABY '
Dah break ' BABI ' .

Time couple ' SAYANG '
Dah break ' BANGANG ' . ... ...
Time couple ' I- YOU '
Dah break ' WA - LU ' .

Time couple ' I LOVE YOU KBAII '
Dah break ' I HATE YOU CIBAI ' .

Time couple ' HI DARLING '
Dah break ' BYE ANJING ' .

Time couple ' HANDSOMENYA '
Dah break ' SAKAINYA ' .

Time couple ' YOU LAWALAH '
Dah break ' EH SIAL LAH '

thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!

perasan , bajet , gedik dan gatal !


Salam semue , hari ni sufie nak cerite pasal perasan , bajet , gedik and gatal . urm , korang pernah dengarkan perkataan ni ? kalo yang tak pernah tu , sufie mintak maaf bebanyak ye . sufie dah tak tahu nak terangkan kat korang ni macam mane . -.-'' .


okayy , sekarang sufie nak tanye , antare lelaki and perempuan , siapa yang cepat perasan ? sape yang bajet ? sape yang lebih gedik ? and sape yang gatal ?
**okay , kalo korang jawab pun bukan sufie dengar  =.=''

PERASAN !
Kalo perasan ni , sufie rase laki ade and perempuan pun ade perasaan ni . tapi lelaki suke cakap perempuan mudah perasan . urm , rasenye memang betul kot . memang betol perempuan mudah perasan . lagi-lagi orang macam sufie ni . jujur sufie cakap , sufie cepat perasan okayy .

so tolonglah and tolong jangan buat sufie perasan sebab nanti korang akan perasan yang sufie suke korang .
**err , ada paham ka ayat meroyan ni ? =.=''

sebenarnye lumrah perempuan yang die cepat perasan tapi lelaki pun ape kurangnye , same je !
**yang lelaki sana , jangan marah , sufie memang sengaja kutuk korang . ^^

BAJET !
Okayy , sememangnye anugerah bajet ni patut dimenangi oleh lelaki .
sebab ape ?
sebabnye sufie pun tak tahu . tepuk dada tanya iman la .
jangan tanye sufie .
**lalalalallalal . -.-

GEDIK !
Haha , confirm confirm lah sume orang yang membace ni jawab ..
perempuan right ? eleh , jangan nak tipulah .
tipah tak pernah tetipu bang~ =.=

Memang perempuan akan di label sebagai gedik .
sebab ni sifat semula jadi perempuan .
kalo tak gedik tu bukan namenye perempuan .
cume tahap kegedikan itu je yang berbeza .
kan ? kan ? kan ?
**okayy , sufie pun gedik . puas ? =,=''

GATAL !
Urm , yang ni . sufie tak tahu la siapa yang menang .
tapi mengikut akta perjanjian hang lebai yang malang ,
LELAKI menang kategori ni . TAHNIAH !
haha .
Memang betul lelaki ni gatal , tak cukup satu nak pasang due ,
tak cukup due nak pasang tiga , tak cukup tiga nak pasang empat .
cube lah setia sikit , eh ? silap , cubelah setie banyak .

Ari tuh sufie dapat pantun dari seorang lelaki ,
nak denga ? sabaq naa~ =.=

"berkasih biar beribu ,
kahwin biar berempat ,
setia pada yang satu ,
yang lain buat spare part ."
**bile dengar je pantun ni , sufie rase nak sepak je kawan sufie tu laju-laju . =,=
ade jugak orang yang amal konsep macam ni . haih  =.=''

okayy la , sufie mahu mengundur diri , renung-renungkanlah ye .
INGAT !
-jadilah yang terbaik bukan yang sempurna kerana tiada yang sempurna kecuali Yang Maha Esa-

SEKIAN WASSALAM~

p/s :: sekiranya ada bantahan dengan pendapat sufie , jangan marah . sebab abe usop wilcha pun stuju dengan sufie . =.=
thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!

salah erti dalam percakapan


Lelaki dan wanita dua insan yang saling memerlukan. Namun perbezaan ketara di antara makhluk berdua ini ialah lelaki bercakap hanya perkara yang ringkas tetapi wanita pula lebih meleret-leret sehinggakan ada kalanya timbul masalah dalam sesuatu hubungan. Berikut beberapa perkara yang lelaki cakap tetapi sering disalah ertikan oleh kaum wanita :-
LELAKI CAKAP :
” Saya ingin keluar dengan kawan-kawan.. ”
APA YANG WANITA FAHAM :
Kalau berjumpa kawan-kawan mesti lelaki akan memperbualkan hubungan anda yang semakin mesra dan saling menyayangi.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Bila keluar bersama kawan-kawan, wanita biasanya akan berbincang pasal teman lelaki masing-masing. Mereka akan bercerita akan kelebihan teman lelaki dan apa juga hal yang berkaitan dengan mereka. Pada hal lelaki sebenarnya tidak akan menyentuh langsung akan hal ini bila keluar dengan kawan-kawan mereka kerana hal ini dianggap remeh temeh kerana lelaki lebih suka bercerita tentang bola sepak, teknologi terkini dan sebagainya.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Bila anda ingin keluar dengan kawan-kawaN, beritahu terus terang dengan pasangan, siapa kawan anda, bagaimana sikap mereka dan kalau boleh beritahu dengan lebih terperinci supaya wanita faham dan tahu yang anda sebenarnya tidak akan bercakap hal mereka sebenarnya.
LELAKI CAKAP :
” Dia hanya kawan biasa..”
APA YANG WANITA FAHAM :
Kawan biasa atau kawan luar biasa yang boleh dibawa ke ranjang.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Ramai wanita tidak mempercayai lelaki apatah lagi bila lelaki keluar berdua-duaan dengan wanita lain tanpa kehadiran kekasih. Ini kerana lelaki biasanya jenis yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan seorang wanita.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Apabila anda hendak keluar bersama kawan-kawan perempuan yang lain tanpa kehadiran kekasih, pastikan anda memberitahu pasangan dengan jelas dan terang, dengan siapa anda keluar, namanya apa, tinggal di mana, bagaimana hubungan anda berdua dan sebagainya agar kekasih tidak terasa dirinya ditinggalkan atau diabaikan.
LELAKI CAKAP :
“Senyuman anda cukup menawan hati (atau memuji apa saja berkaitan bentuk tubuh kekasihnya)”
APA YANG WANITA FAHAM :
Tentu lelaki sudah melakukan kesalahan dan sebab itulah beria-ia memuji.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Lelaki terutama yang bukan jenis romantis, biasanya sangat jarang memuji teman wanitanya mahupun juga isteri. Namun apabila lelaki tiba-tiba memuji, seolah-olah ada sesuatu yang lelaki kehendaki atau telah melakukan kesalahan yang menuntut permohonan maaf daripada pasangannya. Justeru itu bila lelaki mula memuji, tentunya ada yang tidak kena.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Tidak dinafikan, lelaki memang sudah dilahirkan sebagai makhluk yang menggunakan akal fikiran tatkala mengeluarkan bicara. Mereka hanya akan bercakap perkara yang perlu atau penting sahaja dan tidak akan meleret-leret malah ada sesetegah lelaki juga yang tidak romantis dan tidak suka cakap benda yang meleret-leret. Justeru itu, niat anda ingin memuji pasangan tidak salah, kalau boleh lakukanlah selalu agar pasanganatau teman wanita anda tidak beranggapan yang anda memuji mereka ketika berkehendakkan sesuatu sahaja. Pamerkan keikhlasan hati tatkala memuji dan barulah pasangan rasa dihargai.
LELAKI CAKAP :
“Masakan yang anda masak mengingatkan saya kepada mak…”
APA YANG WANITA DENGAR :
Anda mahu membandingkan saya dan mak awak sebenarnya.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Kadangkala wanita rasa terdesak apabila lelaki atau suami sering memuji masakan emak mereka dan tidak pada masakan yang anda masak. Memang sifat semulajadi wanita yang sering suka membanding-bandingkan, siapa yang paling cantik, paling kurus, paling menawan dan sebagainya dan semua ini dianggap sebagai satu perlawanan yang harus dimenangi.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Sifat semulajadi wanita yang tidak suka dibandingkan dengan sesiapa hatta ibu mertua atau sebagainya. Justeru itu, apabila anda ingin memuji pasangan, beritahu bahawa masakan yang dimasaknya sangat enak malah melebihi keenakan yang dimasak oleh emaknya sendiri.
LELAKI CAKAP :
“Sekadar menelefon dan mahu bertanya khabar…”
APA YANG WANITA DENGAR :
Apa bukannya mahu bertanya khabar sebaliknya mengesyaki mereka sesuatu.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Sama seperti wanita yang memiliki sifat cemburu agak keterlaluan, wanita juga berfikiran sama apabila seseorang lelaki menelefon dan bertanyakan khabar walaupun anda baru saja bertemu sebentar tadi.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Sebelum menelefon bertanyakan khabar atau sekadar bertanya “hai” pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk menelefon pasangan agar mereka tidak curiga tujuan anda menghubunginya. Kalau boleh mesti ada cerita dan jangan sekadar mahu berbual kosong sahaja.
thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!

TANDA KEKASIH CURANG

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

♥ Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

♥ Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.

Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit. Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

♥ Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

♥ Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda

Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

♥ Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

♥ Tidak lagi rajin menelefon anda

Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

thanks sbb sudi bce entry sufie..suke? like saje.. jgan lpe follow skali..!